Masjid Al-Aqsa
Freemasonry
adalah organisasi Yahudi International, sekaligus merupakan sebuah
gerakan rahsia yang paling besar dan paling berpengaruh di dunia.
Freemasonry terdiri daripada dua kata yang di satukan. Free bermaksud
bebas atau merdeka, manakala Mason pula bererti adalah juru bangun atau
pembangun. Tujuan akhir gerakan Freemason ini adalah untuk membangunkan
kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau
Solomon Temple.
Ilustrasi Haikal Sulaiman kononnya untuk
mencapai kesempurnaan orang Yahudi
Berkaitan
dengan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri, banyak sumber
yang memberikan definisi yang berbeza. Salah satu tafsiran yang paling
terkenal adalah, Haikal Sulaiman dikatakan berada di bawah tanah yang
kini di atasnya adalah Masjidil Aqsa.
Mereka
yakin, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman as telah
membangunkan Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tetapi
pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilonia menghancurkan
Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh
seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilonia. Atas
pembebasannya itulah, dia telah membangun kembali Haikal Sulaiman.
Pada
tahun ke 70 M, seorang penguasa Romawi telah menakluki Palestin dan
telah membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan
berterusan ini dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula
sewaktu kekuasaan orang Islam, dikatakan kononnya Haikal Sulaiman telah
di hancurkan dan sebagai gantinya telah didirikan Masjidil Aqsa pada
abad ke-7.
Tapi
tafsiran lain tentang hal ini juga mengatakan, Haikal Sulaiman adalah
sebuah wilayah kekuasan yang sangat luas. Bahkan hingga ke wilayah
Khaibar, saat dimana kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad.
Oleh sebab itulah, mereka yakin bahawa mereka harus menguasai seluruh
dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat dimana mereka telah diusir
dahulu karana pengkhianatan mereka pada Rasulullah SAW dan piagam
Madinah.
Dan
untuk itulah mereka berusaha untuk mengambil semula Haikal Sulaiman dan
mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan
dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi (seperti negara Eropah, USA dan
beberapa negara Islam-liberal). Dan untuk menyebarkan kekuasaan itu,
salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah
agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Islam dan Kristian.
No comments:
Post a Comment