Saturday, 8 December 2012

Part of Ma Life :)



Kalau aku cerita , kau pasti tak percaya . Pasti kau cakap ianya mustahil . Tapi yang mustahil itulah yang benar . Yang nyata . Kalau aku kisahkan , kau mesti kata aku gila . Tapi itulah hakikatnya . Hakikat yang benar – benar gila . Kenapa kau nak pertikaikan ? Rilekslah . Mari aku bawa kau pekena kopi Janda , buat hilangkan kegabraan kau tu .
Assalamualaikum pembuka bicara . Lafaz Bismillah menjadi pemula . Orang panggil aku Adik , tapi ada juga yang panggil aku Nur , Sha dan Ira . Bagi aku , identiti nama itu terlalu banyak dicipta disebabkan kemalasan diaorang yang malas memanggilku guna nama betul . Tak kisahlah panggil apa pun kecuali dengan panggilan yang kesat . Oh no babe ! Aku tak suka !
Cukup setakat tahu nama pendek aku , aku sambung pulak cerita tentang impian aku . Impian aku banyak sangat sebenarnya . Tapi impian aku yang paling utama adalah mahu melancong ke Jepun . Jalan – jalan dekat Fukuoka , membeli belah . Wahhh ! Mesti vogue gitu :D . HaHa ! Di samping tu , bolehlah aku melaram sakan guna pakaian tradisional orang Jepun sambil minum – minum kupi menikmati panorama bunga sakura yang sedang berkembang mekar . And , yang paling best sekali kalau dapat minum – minum kupi dengan orang yang tersayang . Ceiii ! Perasan aja lebih ! Hihi !
Impian aku yang kedua besar pulak ialah buat perniagaan . Oleh sebab aku ni biasa dah berniaga , so aku rasa minat pulak untuk buka perniagaan sendiri . Actually , yang buatkan aku suka berniaga tu bila dapat jumpa ramai orang . So , secara tak langsung dapat juga aku cuci mata . HahA ! Tapi yang tak tahannya tu bila berdepan dengan orang cerewet . Adoiii ! Rasa cam mahu bagi penampar pun ada juga . Sabar , sabar . . . Itulah impian aku . Impian yang lain – lain tu ada banyak lagi , tapi dua impian nilah yang paling utama .
Now , aku mahu story fasal latar belakang family aku pulak . Yaa , aku ni tanak kampong. Tak kaya pun , tak berharta pun . Tapi  tak apalah . Asal ada tempat tinggal , makan pakai yang cukup and ada sebuah family sudah buat aku rasa kaya sangat – sangat . :D . Aku akui , walaupun parents aku selalu bergaduh tahap serius mau bercerai berai , still diaorang masih boleh bertahan juga sebagai pasangan . Just , yang aku tak suka bila ada family lain yang mengata . Sakit hati beb ! Tahulah , kitaorang tak kaya . Tapi setidak – tidaknya , kitaorang tak pernah minta bantuan dari kauorang .  .
Bapa aku kerja sebagai juruteknik dekat JKR . Gaji bapa aku pun cukup – cukup makan aja untuk kami sekeluarga . Bagi mendapat pendapatan lebih , mama aku tolong bapa aku . Dia buat kerja macam – macam . Aku masih ingat lagi , time tu aku kecil lagi . Awal pagi mama aku bangun dengan bapa aku , diaorang buat kuih untuk dijual di kantin sekolah menengah . Aku pun ikut tolong juga . Tolong bungkus ajalah . Masa tu juga , kakak aku dua orang berada dalam sekolah menengah . Hampir dua tahun berjualan , mama aku mengambil upah menjadi penoreh diladang orang . Aku , sebagai anak yang baik (Kononnyalah..) , sentiasa ikut mama aku pergi menoreh time cuti sekolah . Kadang – kadang aku akan tolong kutip scrap , kadang – kadang aku akan tolong kutip susu getah . Seawal jam 5 pagi lagi aku sudah tercongok dekat kebun getah . Tapi , orang masih juga mahu mengata . Aku tengok parents aku buat dek ja , dalam hati hanya DIA yang tahu . Start tu , aku mulai tanam azam dalam hidup aku untuk jadi orang yang berjaya . Aku mau buka mata semua orang kalau anak penoreh getah macam aku ni pun boleh berjaya . Hasilnya , aku berjaya meraih 3A 2B dalam UPSR aku & 5A 3B dalam PMR aku .
Huhh ! Ini baru secebis dari kisah hidup aku . Lepas ni aku akan ceritakan lagi kisah hidup aku ni . . .

Adiq ,
8 December 2012 , 10.33 p.m.