24 Syaaban 1432H. [MOD] -
Bulan
Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya
selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab
dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin
menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa
beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga
dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis
dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. -
Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3.
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang
mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya
apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi,
Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4.
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang
sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada
Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan
kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya
melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan
perjanjian (dilanggar).
Telah
berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku
bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda :
Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain
dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya
dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada
jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah
berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan
anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan
membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada
pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu
dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya
dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa
demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau
mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada
bau kasturi,
dan
bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan
keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan
apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat
imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan
Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1.
Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk
kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2.
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula
ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya
yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3.
Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan
segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa
kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan
tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5.
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat,
begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita
benar-benar bertaubat.
6.
Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada
dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah
Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7.
Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat
ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat
selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11.
Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan
suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.