Salah satu rukun iman adalah mempercayai kitab-kitab wahyu Allah Taala
iaitu Taurat, Zabur, Injil dan al Quran. Bagaimanapun, Islam tidak
mengiktiraf sebarang terjemahan sebagai wahyu. Yang diperakui sebagai
wahyu hanya dalam bentuk yang asli, tanpa dicemari oleh manusia dari
segi bahasa, makna, susunan dan jumlah surahnya. Kitab wahyu tidak boleh
diubah walau satu huruf pun, atas apa juga alasan.
Al
Quran sendiri menyebut tentang ketiga-tiga kitab sebelum Al Quran yang
diturunkan kepada rasul-rasul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
Selain ketiga-tiga kitab tersebut, ada juga suhuf-suhuf yang diturunkan
kepada beberapa orang nabi dan rasul yang lain.
Lantaran
terdapatnya kenyataan di dalam al Quran yang memperakui kebenaran
kitab-kitab Taurat, Zabur dan injil, maka kaum pendakyah Kristian
berusaha agar umat Islam mengakui kitab BIBLE yang menjadi pegangan
penganut agama Kristian hari ini, kononnya di dalamnya terkandung juga
Taurat dan Injil. Saranan ini sekiranya diterima, sekaligus akan
memperakui juga kepercayaan tentang ketuhanan Jesus Christ sebagai satu
oknum dalam triniti dan konsep penebusan dosa warisan melalui penyeksaan
Jesus Christ di atas tiang salib sebagai penyelamat kepada manusia.
Perlu
ditegaskan bahawa Al Quran hanya mengakui kitab-kitab Taurat, Zabur dan
Injil yang asal, yang bersih daripada cemaran manusia. Kitab-kitab asal
ini tidak lagi wujud di dunia pada hari ini, walaupun pelbagai pihak
cuba menonjolkan bahawa himpunan kitab dalam BIBLE adalah berasal dari
wahyu. Pada hakikatnya, kitab-kitab ini adalah karangan mengenai riwayat
keagamaan atas nama kitab wahyu atau campuran antara sumber wahyu
dengan tafsiran dan sisipan. Bahkan telah mengalami PENYUNTINGAN dan
TOKOK TAMBAH oleh kaum paderi mereka sendiri. Oleh itu, umat Islam tidak
lagi dikehendaki mengakui kitab-kitab ini sebagai kitab wahyu.
Bagi
orang Yahudi, mereka sudah mengutamakan kitab Talmud yang dianggap
sebagai pembaharuan ke atas kitab Taurat dan orang Yahudi juga tidak
mengakui semua kitab dalam Bible sebagai kitab wahyu. Hakikat tentang
pencemaran tangan manusia ke atas kitab-kitab suci Taurat, Zabur dan
Injil itu telah dijelaskan oleh Allah TAala dalam Surah Ali Imran ayat
71 dan 78 secara panjang lebar.
Bible yang
menjadi pegangan penganut agama Kristian pada hari ini berasal dari
istilah 'biblia' atau dalam bahasa Greek yang bermakna 'buku'. Apabila
St. Jerome menterjemahkan Bible daripada naskhah berbahasa Greek ke
bahasa Latin dan menghasilkan The Vulgate pada abad ke-4 Masihi, pihak
gereja telah membenarkan hanya The Vulgate yang digunapakai di seluruh
benua Eropah. Keadaan ini berlanjutan selama lebih seribu tahun iaitu
pada zaman Eropah melalui Zaman Gelap di bawah kuasa Gereja Roman
Khatolik.
Keadaan berubah pada awal abad ke-16
Masihi apabila Erasmus dalam tahun 1516 Masihi telah menghasilkan
Perjanjian Baru dalam bahasa Greek yang baru. Erasmus tidak mengambil
bahan dari Vulgate untuk tujuan itu, tetapi telah mengambil daripada
beberapa bahan lama yang telah dikumpulkannya sendiri. Hasilnya ialah
Erasmus's Greek Version of New Testament yang sangat berbeza daripada
Vulgate.
Terhasilnya BIBLE YANG BARU itu,
menyebabkan wujudnya pergerakan Protestan di Eropah dan pergerakan
terjemahan dan pembaharuan kepada kitab Bible dalam pelbagai versi.
Ramai
yang menganggap Bible atau lebih tepat lagi GOSPEL sebagai Injil.
Tanggapan ini sangat mengelirukan kerana Injil yang sebenar yang
diwahyukan kepada Nabi Isa a.s TIDAK PERNAH WUJUD DALAM BENTUK TULISAN.
Mengikut
Encyclopedia of Religion oleh Royston Pike (1951), nama Gospel berasal
daripada bahasa Greek iaitu evangelio yang diterjemah ke dalam bahasa
Anglo-Saxon sebagai Godspell yang bermakna 'Berita Baik' (Tenney, 1974).
Implikasi daripada makna ini ialah penulis Gospel mengisytiharkan
berita baik daripada konsep penyelamat (salvation) iaitu kepercayaan
Jesus Christ selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan
penyelamat bagi mereka yang mempercayainya.
Konsep
ini tidak berkaitan dengan kitab Injil yang diturunkan sebagai wahyu
kepada Nabi Isa a.s. Oleh itu adalah lebih baik penggunaan istilah Injil
tidak disamakan dengan istilah Gospel walaupun dari segi bahasa
kedua-duanya bermaksud 'Berita Baik' tetapi membawa ajaran yang sangat
berlawanan kerana Injil membawa ajaran tauhid dan Gospel atau Bible
sekarang membawa ajaran Triniti.
Semua Gospel
yang terdapat dalam Perjanjian Baru seperti yang ditulis atas nama
Matius, Markus, Lukas dan Yohanes dikategorikan sebagai Narrative
Gospel. Ia berbeza sama sekali daripada Sayings Gospel yang ditulis oleh
para pengikut Nabi Isa a.s selepas peninggalan baginda pada awal kurun
pertama selepas Masihi.
Sayings Gospel hanya
mengandungi kata-kata hikmah daripada ajaran Nabi Isa a.s, tetapi The
Narrative Gospel adalah tertumpu kepada riwayat hidup dan pendewaan
peribadi Nabi Isa a.s sebagai Kristus.
Kesemua
naskhah Sayings Gospel telah hilang daripada pegangan umat Kristian
menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi Isa a.s seperti
yang dijelaskan oleh Mack B.L (1993) dalam prolog kepada bukunya, 'The
Lost Gospel'. Sebaliknya Narrative Gospel telah mula menjela pada akhir
kurun berkenaan.
Narrative Gospel
kebanyakannya mengandungi mitos yang sebenarnya tidak ada hubungan
langsung dengan ajaran Nabi Isa a.s dan ajaran para Nabi terdahulu. Ia
terkeluar dari tradisi Bani Israel di mana para pemuka agama Yahudi
menganggapnya sebagai satu pembohongan yang dikaitkan kepada seorang
nabi yang dilahirkan dari kaum Bani Israel.
Kemunculan
Narrative Gospel merupakan kemuncak kepada perkembangan ajaran Paulus
yang mendewakan Nabi Isa a.s sebagai Kristus. Kehadiran Narrative Gospel
seperti yang sedang diperjuangkan oleh kaum DAP di Malaysia, Zaid
Ibrahim dan Khalid Samad dari PAS, akhirnya telah membawa kekeliruan
kepada pengikut Nabi Isa a.s sendiri yang bergelar puak Nasrani yang
pada mulanya berpegang kepada the Sayings Gospel yang membawa ajaran
tauhid tetapi berakhir kepada fahaman triniti.
Justeru
apabila kebanyakan portal berita yang cenderung kepada DAP dan Pakatan
Rakyat menamakan Gospel atau Bible berbahasa Melayu yang ditahan oleh
kerajaan daripada diedarkan ke Sarawak sebagai INJIL seperti yang
dilakukan oleh MALAYSIAKINI,
ia sebenarnya mengulangi semula kaedah pengkafiran kaum Nasrani pada
zaman awal daripada pegangan tauhid kepada pegangan rekaan Paulus atau
Saul iaitu TRINITI!
Maka umat Islam yang
berpegang teguh kepada akidahnya, jangan sesekali terpedaya dengan
gambaran bahawa Bible yang ditahan itu adalah Injil seperti yang
dimahukan oleh DAP dan portal-portal berita upahan mereka. Bible atau
Gospel yang sedang ditahan itu, bukanlah Injil, malah ia bukanlah kitab
yang wajib diimani oleh umat Islam.
Saya suka penulisan cik. Mudah difahami, terang dan jelas.
ReplyDeleteUMAT PAULUS. INI TERSESAT OLEH PENULIS KITAB GOSPEL KARANGAN ORANG-ORANG YUNANI...DIMANA MEREKA MENULISKAN KISAH HIDUP YESUS SETELAH DIA BERUMUR 30 TAHUN YANG MANA YESUS BISA MENYEMBUHKAN ORANG YANG BERPENYAKIT KUSTA,MENYEMBUHKAN ORANG BUTA DAN BAHKAN MENGHIDUPKAN ORANG YANG TELAH MATI...BAGI ORANG YAHUDI KELEBIHAN YESUS SEPERTI INI ADALAH HAL YANG BIASA..KARENA NABI2 SEBELUM YESUS PUN BANYAK DARI MEREKA DIBERI KELEBIHAN ATAU MUKJIJAT KARENA ATAS IZIN DARI TUHAN SANG PENCIPTA ALAM SEMESTA INI...NAMUN BAGI ORANG YUNANI YESUS BUKANLAH MANUSIA...KARENA BAGI MEREKA MUSTAHIL SEORANG MANUSIA BISA MELAKUKAN ITU SEMUA..PASTI YESUS ADALAH MANUSIA YANG LUAR BIASA YANG DIKIRIM DARI LANGIT KEBUMI OLEH DEWA ZEUS..SESUAI DENGAN KEPERCAYAAN PAGAN MEREKA TERHADAP DEWA2 KUNO YUNANI..MAKA DARI ITU KISAH HIDUP YESUS SELALU "DITAMBAHI" DENGAN KARANGAN IMAGINASI SANG PENULIS BILA YESUS ADALAH TUHAN...DAN KITA BISA MENEMUKAN AYATNYA ..Yohanes 1:1
ReplyDeletePada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ayat ini bukan perkataan Yesus,tetapi perkataan seorang pengarang kisah hidup Yesus dari Yunani yang keyakinannya mempercayai ajaran Helenisme...menyembah banyak berhala..dan Dia imaginasikan keyakinan lamanya dengan diri Yesus dan dipengaruhi juga oleh klaim Paulus yang telah melihat Tuhan yang wujudnya Yesus.