Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ramadhan sudah masuk bahagian ke dua meninggalkan bulan Rahmat dan memasuki bulan Pengampunan. Masih banyak lagi azam bulan Ramadhan seperti dalam entri “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan bulan Pembebasan dari api neraka”
yang masih belum dilaksanakan. Janji ALLAH SWT setiap amalan sunat di
bulan Ramadhan ganjarannya sama dengan amalan Fardu manakala setiap
amalan Fardu ganjaran berlipat kali yang hanya ALLAH SWT sahaja yang
tahu.
Di akhirat kelak matawang yang diterima dan dipandang tinggi di sisi ALLAH SWT hanya pahala tidak Ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia atau Dollar Amerika. Bulan Ramadhan ada saat yang paling sesuai untuk mengumpul Pahala sebanyak yang boleh sebagai bekalan di akhirat kelak yang perjalannya tiada noktah.
Ini adalah Muhasabah Ramadhan untuk diri aku sendiri yang selalu lalai dengan keindahan dunia yang sementara. Ramadhan 1433H belum pasti milik aku.
No comments:
Post a Comment